Wednesday, February 17, 2010

AYAM PANGGANG









BAHAN - BAHAN AYAM:


1 Ekor Ayam (bersihkan dan potong 4)
3 Biji Bawang Besar (dikisar)
6 Biji Bawang Putih (dikisar)
2 Inci Halia (dikisar)
2 Sudu Besar Lada Hitam (ditumbuk)
3 Sudu Besar Madu
1 Ketul Perencah/Kiub Ayam
2 Sudu Besar Gula

3 Sudu Besar Mentega
3 Sudu Besar Mixed Herbs (dekat tesco/giant ada jual)
Garam Secukup Rasa

**Kurangkan air sewaktu mengisar bahan - bahan tersebut. Jika tidak bahan - bahan tersebut akan cair.

CARA - CARA AYAM:

1. Lumurkan keseluruhan bahan - bahan tadi dan perap selama 2 jam, lagi lama lagi sedap.
2. Sapu mentega keseluruhan ayam dan panggang selama 1 jam dengan suhu 190. Untuk mengelakkan ayam menjadi terlalu kering, selepas 1/2 jam sapukan minyak dan campuran rempah yang menitis ke atas ayam tersebut.


** Panaskan oven terlebih dahulu dalam 5 minit. Gunakan kedua - dua api iaitu api atas dan bawah. Tetapi 1/2 jam pertama guna api bawah, selepas itu baru naikkan keatas dan menggunakan api atas. Ini adalah untuk mengelakkan kulit ayam menjadi terlalu hitam.

BAHAN - BAHAN SOS:

2 Sudu Mentega
2 Sudu Besar Tepung Gandum
1 Biji Bawang Besar(potong dadu)
1 Biji Tomato (potong dadu)
1 Ketul Perencah/Kiub Ayam
2 Cawan Air
Sedikit Kicap Pekat

Sedikit Kicap Manis
2 Sudu Besar Sos Cili

Garam dan Gula Secukup Rasa
2 Sudu Besar Lada Hitam (ditumbuk)
1 Sudu Besar Tepung Jagung (standby)


CARA - CARA SOS:

1. Cairkan mentega dengan api kecil.
2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3. Kemudian masukkan bawang, kacau sehingga layu dan naik bau wangi.
4. Masukkan perencah ayam, air dan sos cili. Kacau hingga sebati.
5. Tambahkan kicap pekat dan kicap manis sedikit demi sedikit.

6. Kemudian masukkan pula tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau.
7. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
8. Akhir sekali masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.

9. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.

SELAMAT MANCUBA =)

Ada ape - ape pertanyaan?

Tuesday, January 26, 2010

POPIA GORENG











BAHAN - BAHAN :

Kulit Popia
Sedikit Udang Kering (ditumbuk)
3 Biji Bawang Merah (ditumbuk)
Toge 20sen
1 Batang Lobak Merah (hiris halus)
1/2 Biji Sengkuang Saiz Kecil (hiris halus)
Secubit Garam
Putih Telur (dibuat gam pada kulit popia

CARA - CARA :

1. Tumis udang kering dan bawang sehingga garing.
2. Masukkan lobak merah, sengkuang, toge dan garam.
3. Biarkan bahan -bahan yang digoreng tadi sejuk. Selepas itu bolehlah digulung dengan kulit popia dan goreng popia tersebut.

SELAMAT MENCUBA =)

Ada ape - ape pertanyaan?

MEE KARI











BAHAN - BAHAN KUAH MEE:

1/4 Ekor Ayam (potong kecil - kecil)
3 Biji Bawang Merah (dikisar)
2 Biji Bawang Putih (dikisar)
1 Inci Halia (dikisar)
1/2 Inci Lengkuas (dikisar)
2 Batang Serai (dikisar)
3 batang Serai (dititik)
Segenggam Ikan Bilis (dikisar)
3 Sudu Besar Rempah Kari Ayam
1 Sudu Teh Perencah / Kiub Ayam
Garam Secukup Rasa
1 Paket Kecil Santan

BAHAN - BAHAN MEMBUAT SAMBAL :

2 Biji Bawang Merah (ditumbuk)
3 Sudu Besar Cili Kisar/Boh
Sedikit Udang Kering (ditumbuk)
1 Sudu Besar Gula
Garam Secukup Rasa

BAHAN - BAHAN UNTUK MAKAN :

1 Paket Mee (dicelur)
1 Paket Fishkek (hiris halus & goreng terlebih dahulu)
1 Ikat Sawi (dicelur)
Toge 20sen (dicelur)
2 Biji Cili Merah
Daun Bawang & Daun Sup (dihiris)
Sedikit Bawang Goreng

CARA - CARA (KUAH) :

1. Tumis bahan - bahan yang dikisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan pula rempah kari & serai yang dititik tadi. Sekiranya terlalu kering tambahkan sedikit air. Biar rempah kari tersebut betul - betul garing.
2. Masukkan ayam, gaul seketika. Selepas itu masukkan pula ikan bilis yang telah dikisar tadi, biar sehingga ayam benar - benar masak dan mendidih.
3. Kemudian masukkan pula perencah ayam, garam dan santan. Biar sehingga kesemua bahan sebati. Sekiranya terlalu pekat, bolehlah ditambahkan dengan sedikit air.

CARA - CARA (SAMBAL) :

Tumis kesemua bahan sehingga garing.

SELAMAT MENCUBA =)

Ada ape - ape pertanyaan?

Friday, January 22, 2010

DAGING DENDENG











BAHAN - BAHAN :

1/2kg Daging
12 Tangkai Cili Kering (direbus)
8 Biji Bawng Merah (dihiris)
1 Inci Halia
Bunga Cengkih, Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis & Buah Pelaga.
Air Asam Jawa 1 Mangkuk Kecil
Kicap Ikut Suka Masing - masing
2 Sudu Gula
Garam Secukup Rasa.

CARA - CARA :

1. Rebus daging yang telah dipotong sehingga empuk bersama - sama dengan halia (air yang lebih jangan dibuang, kerana akan dijadikan stok)
2. Selepas itu biarkan daging menjadi sejuk dan tumbuk daging tersebut seperti menumbuk sambal belacan, dan perap daging dengan kicap untuk seketika.
3. Tumis bawang merah sehingga 1/2 masak dan angkat.
4. Goreng daging yang telah di perap tadi.
5. Kisar bawang merah yang di tumis 1/2 masak tadi bersama - sama dengan cili kering.
6. Tumis bahan - bahan yang di kisar tadi sehingga garing. Kemudiaan masukkan pula bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga.
7. Selepas itu barulah masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama - sama dengan air rebusan sebanyak 1 mangkuk dan biarkan sehingga mendidih.
8. Masukkan pula kicap, gula, air asam jawa dan garam.
9. Kacau sehingga sebati dan biarkan sampai sedikit kering.

SELAMAT MENCUBA =)

Ada ape - ape pertanyaan?

Monday, January 18, 2010

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI











BAHAN - BAHAN :

1/2 Ekor Ayam
7 Biji Cili Padi
2 Biji Bawang Merah (dikisar)
1 Biji Bawang Putih (dikisar)
1/2 Inci Kunyit Hidup (dikisar)
2 Batang Serai (dititik)
1 Keping Asam Keping
1 Biji Tomato Saiz Besar (potong 4)
1 Peket Kecil Santan
Garam Secukup Rasa.

CARA - CARA :

1. Tumis bahan - bahan yang telah dikisar tadi sehingga garing.
2. Masukkan ayam dan gaul sehingga separuh masuk.
3. Kemudian masukkan pula serai dan asam keping. Gaul seketika dan masukkan air 1 mangkuk kecil. Biar sehingga mendidih dan ayam betul - betul masak.
4. Selepas itu bolehlah dimasukkan pula santan. Pelankan api dan gaul sehingga mendidih tanpa henti.
5. Akhir sekali masukkan garam dan tomato. Jangan dibiarkan terlalu lama, nanti tomato akan lembik.
6. Siap untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA =)

Ada ape - ape pertanyaan?

Sunday, January 17, 2010

MURTABAK MINI DAGING











BAHAN - BAHAN :

Kulit Popia Bersaiz 190mm x 190mm
1 Biji Bawang Merah (ditumbuk)
1 Biji Bawang Putih (ditumbuk)
1/2 Inci Halia (ditumbuk)
1 Biji Bawang Besar (dipotong dadu)
2 Biji Kentang Bersaiz Sederhana (dipotong dadu & direbut 1/2 masak)
1 Sudu Rempah Kari Daging/Ayam (campurkan sedikit air)
Sedikit Daging (dicincang, kalau nak senang beli sahaja daging cincang)
Secubit Perencah Sup
Sedikit Daun Sup & Daun Bawang
Sedikit Lada Sulah
Garam Secukup Rasa
1 Biji Telur

CARA - CARA :

1. Tumis bahan - bahan yang ditumbuk tadi sehingga 1/2 garing.
2. Masukkan rempah kari dan tumis sehingga garing.
3. Selepas itu masukkan pula daging, masak sehingga daging tadi benar - benar masak.
4. Kemudian masukkan bawang besar, gaul sehingga bawang menjadi sedikit layu.
5. Bila semuanya telah sebati barulah masukkan kentang, daun bawang & daun sup. Biar sehingga kentang menjadi lembut.
6. Akhir sekali barulah masukkan garam & lada sulah.

** Apabila semua bahan tadi telah masak. Masukkan kedalam mangkuk dan pecahkan telur.
Selepas itu, letakkan inti murtabak tersebut di tengah - tengah kulit popia dan lipat ikut
selera masing - masing. Semasa hendak menggoreng, sebaik - baiknye guna kuali lepir,
minyak juga tidak perlu dibubuh dengan banyak.

SELAMAT MENCUBA =)

Ada ape - ape pertanyaan?

Friday, January 15, 2010

AYAM RENDANG KASIM MAMA











BAHAN - BAHAN :

1/2 Ekor Ayam (digoreng terlebih dahulu)
6 Biji Bawang Merah (dihiris nipis - nipis)
1 Labu Bwang Putih (dihiris nipis - nipis)
3 Inci Halia (dihiris nipis - nipis)
2 Senduk Cili Boh
6 Tangkai Daun Kari
1 Sudu Gula
Kicap Manis Cap Kipas Udang
Garam Secukup Rasa

CARA - CARA :

1. Tumis bahan - bahan yang di hiris tadi sehingga naik bau.
2. Kemudiaan masukkan cili bos dan biarkan masak sehingga betul - betul garing.
3. Masukkan pula daun kari, sekiranya terlalu kering tambahkan sedikit air dan biarkan seketika supaya daun kari tersebut menjadi lembik/masak.
4. Setelah itu bolahlah masukkan ayam yang telah digoreng terdahulu tadi.
5. Akhir sekali masukkan garam, gula dan kicap, gaul sehingga rata dan sebati.
6. Siap untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA =)

Ada ape - ape pertanyaan?

NASI GORENG KAMPUNG










BAHAN - BAHAN A :

2 Mangkuk Nasi / 1 Pot Nasi (yang telah disejukkan)
1/2 Mangkuk Kecil Ikan Bilis (yang digoreng terlebih dahulu)
Telur Goreng Mata (yang digoreng terlebih dahulu)


BAHAN - BAHAN B:

1 Biji Cili Merah (dikisar)
5 Biji Cili Padi (dikisar)
2 Biji Bawang Merah (dikisar)
2 Biji Bawang Putih (dikisar)
Sedikit Belacan (dikisar)
Sedikit Ikan bilis (dikisar)
Sayur Kangkung / Kacang Panjang Dipotong Kecil - Kecil
1 Sudu Teh Sos Tiram
Secubit Perencan/Kiub Ayam
Garam Secukup Rasa

CARA - CARA :

1. Tumis kesemua bahan yang telah dikisar tadi sehingga betul - betul garing
2. Masukkan sos tiram, perencah/kiub ayam dan garam.
3. Kemudiaan masukkan pula nasi.
4. Akhir sekali masukkan sayur ke dalam kuali dan gaul sehingga sebati.
5. Apabila nasi sudah masak masukkan ke dalam pinggan dan letakkan telur goreng mata dan taburkan ikan bilis goreng ke atas nasi.

SELAMAT MENCUBA =)

Ada ape - ape pertanyaan?

MACARONI GORENG











BAHAN - BAHAN :

1/4 Bungkus Macaroni Direbus Selama 15 - 20 Minit
Sedikit Udang Kering (ditumbuk)
1/4 Sudu Teh Lada Hitam (ditumbuk)
2 Biji Bawang Merah (dikisar)
1 Biji Bawang Putih (dikisar)
10 Tangkai Cili Kering (dikisar)
2 Ketul Ayam (dipotng kecil - kecil)
Sedikit Udang Hidup, Sotong dan Fishball (ikut selera masing - masing)
1 Ikat Sayur Sawi
Toge 30 sen
1 Biji Telur
2 Sudu Kicap Manis
1/2 Sudu Sos Tiram
1/2 Sudu Teh Perencah/Kiub Ayam
Garam Secukup Rasa

CARA - CARA :

1. Tumis bahan - bahan yang dikisar sehingga garing, kemudian masukkan udang kering dan lada hitam. Gaul sehingga naik bau.
2. Selepas itu masukkan pula ayam, udang hidup, sotong dan fishball. Sekiranya terlalu kering tambahkan sedikit air. Biarkan bahan - bahan tersebut masak sehingga sebati.
3. Apabila kesemua bahan di atas telah masak, pelankan sedikit api. Selapas itu bolehlah masukkan pula sos tiram, perencah/kiub ayam dan garam secukup rasa kedalam kuali.
4. Masukkan pula macaroni yang telah di rebus tadi, gaul sehingga sebati. Kemudian tolakkan macaroni ke tepi kuali dan biarkan kosong di tengah.
5. Pecahkan telur di tengah - tengah kuali dan pecahkan kuning tersebut. Biar telur masak separuh. Selepas itu gaulkan kesemua macaroni tersebut di dalam kuali
6. Akhir sekali masukkan pula sayur sawi, toge dan kicap manis. Gaul sehingga betul -betul sebati dan biarkan sehingga sayur masak.
7. Siap untuk dihidang

SELAMAT MENCUBA =)

Ada ape - ape pertanyaan?

KANGKUNG MASAK BELACAN











BAHAN - BAHAN :

Kangkung 1 Ikat
2 Biji Cili Merah (dikisar)
2 Biji Bawang Merah (dikisar)
1 Biji Bawang Putih (dikisar)
1 Inci Belacan (dikisar)
100 Gram Udang Hidup
1/2 Sudu Teh Sos Tiram
Secubit perencah ayam/kiub ayam
Garam Secukup Rasa

CARA - CARA :

1. Tumiskan kesemua bahan yang telah dikisar sehingga garing.
2. Kemudian masukkan pula udang hidup, sekiranya terlalu kering tambahkan sedikit air.
3. Setelah udang masak, masukkan pula sos tiram, perencah/kiub ayam dan garam.
4. Akhir sekali barulah masukkan sayur kangkung. Pelankan sedikit api, gaul sehingga sebati. Perlu diingatkan, jangan masak terlalu lama sayur kangkung tersebut nanti sayur akan menjadi layu.

SELAMAT MENCUBA =)

Ada ape - ape pertanyaan?