Wednesday, February 17, 2010

AYAM PANGGANG









BAHAN - BAHAN AYAM:


1 Ekor Ayam (bersihkan dan potong 4)
3 Biji Bawang Besar (dikisar)
6 Biji Bawang Putih (dikisar)
2 Inci Halia (dikisar)
2 Sudu Besar Lada Hitam (ditumbuk)
3 Sudu Besar Madu
1 Ketul Perencah/Kiub Ayam
2 Sudu Besar Gula

3 Sudu Besar Mentega
3 Sudu Besar Mixed Herbs (dekat tesco/giant ada jual)
Garam Secukup Rasa

**Kurangkan air sewaktu mengisar bahan - bahan tersebut. Jika tidak bahan - bahan tersebut akan cair.

CARA - CARA AYAM:

1. Lumurkan keseluruhan bahan - bahan tadi dan perap selama 2 jam, lagi lama lagi sedap.
2. Sapu mentega keseluruhan ayam dan panggang selama 1 jam dengan suhu 190. Untuk mengelakkan ayam menjadi terlalu kering, selepas 1/2 jam sapukan minyak dan campuran rempah yang menitis ke atas ayam tersebut.


** Panaskan oven terlebih dahulu dalam 5 minit. Gunakan kedua - dua api iaitu api atas dan bawah. Tetapi 1/2 jam pertama guna api bawah, selepas itu baru naikkan keatas dan menggunakan api atas. Ini adalah untuk mengelakkan kulit ayam menjadi terlalu hitam.

BAHAN - BAHAN SOS:

2 Sudu Mentega
2 Sudu Besar Tepung Gandum
1 Biji Bawang Besar(potong dadu)
1 Biji Tomato (potong dadu)
1 Ketul Perencah/Kiub Ayam
2 Cawan Air
Sedikit Kicap Pekat

Sedikit Kicap Manis
2 Sudu Besar Sos Cili

Garam dan Gula Secukup Rasa
2 Sudu Besar Lada Hitam (ditumbuk)
1 Sudu Besar Tepung Jagung (standby)


CARA - CARA SOS:

1. Cairkan mentega dengan api kecil.
2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3. Kemudian masukkan bawang, kacau sehingga layu dan naik bau wangi.
4. Masukkan perencah ayam, air dan sos cili. Kacau hingga sebati.
5. Tambahkan kicap pekat dan kicap manis sedikit demi sedikit.

6. Kemudian masukkan pula tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau.
7. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
8. Akhir sekali masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.

9. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.

SELAMAT MANCUBA =)

Ada ape - ape pertanyaan?

No comments:

Post a Comment