Friday, August 14, 2009

SAYUR CAMPUR



BAHAN - BAHAN
2 ulas bawang merah (dikisar)
6 ulas bawang putih (dikisar)
1.5 cm halia (dikisar)
100 gram isi ayam dipotong dadu
8 biji fish ball
1/2 batang carrot sederhana besar
1/2 biji cili benggala
1/2 kuntum brokoli
1/4 kuntum bunga kobis
1/2 genggam asparagus
1 sudu tepung jagung (dikacau dengan air 1/2 cawan)
1 sudu sos tiram
1 sudu teh serbuk pati ayam
garam secukup rasa

CARA -CARA
1. Tumis bahan - bahan yang dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan fish ball. Selepas ayam dan fish ball separuh masak, bolehlah masukkan sos tiram, serbuk pati ayam dan garam. Gaul sehingga sebati.
3. Masukkan pula carrot dan bunga kobis.
4. Kemudian masukkan pula tepung yang sudah di campur dengan air. Biar sehingga kuah sehingga separuh mendidih.
5. Akhir sekali masukkan brokoli & asparagus. Perlu diingat, gaul sekejap sahaja supaya sayur tidak layu.

SELAMAT MENCUBA =)

Ada ape - ape pertanyaan??

No comments:

Post a Comment