Friday, August 14, 2009

SAMBAL TUMIS UDANG PETAI











BAHAN - BAHAN
250 gram Udang
2 papan Petai
5 sudu cili boh
4 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 ulas bawang besar (dihiris)
1/2 cawan air asam jawa
garam & gula secukup rasa


CARA - CARA
1. Tumis bawang merah & bawang putih hingga naik bau. Lepas tu masukkan pula cili boh, biarkan sehingga betul - betul garing.
2. Masukkan udang, sekiranya terlalu kering masukkan sedikit air & biar kan udang masak. Untuk mencepatkan proses memasak udang kuali boleh di tutup.
3. Apabila udang sudah betul - betul masak, bolehlah masukkan air asam jawa, garam, gula & bawang besar yang dihiris. Gaul sehingga naik minyak sekali lagi.
4. Akhir sekali masukkan petai. Jangan biarkan petai terlalu lama di dalam kuali, ini kerana petai tersebut akan lembik.
5. Siap untuk di hidang.

SELAMAT MENCUBA =)



Ada ape - ape pertanyaan?

No comments:

Post a Comment