Friday, January 15, 2010

SUP AYAM & TAUFU












BAHAN - BAHAN :

1/2 Ekor Ayam (dicuci bersih)
2 Biji Bawang Merah (dihiris)
2 Biji Bawang Putih (dihiris)
1 Inci Halia (dihiris)
3 Biji Kentang Dipotong 4
2 Taufu Lembut Dipotong 4
1/2 Sudu Teh Perencah Sup
1/2 Kiup Ayam
Garam Secukup Rasa
Sedikit Daun Bawang & Daun Sup

CARA - CARA :

1. Tumis bahan - bahan yang telah dihiris sehingga separuh garing
2. Masukkan air 1 mangku ke dalam kuali, selepas itu masukkan pula ayam dan kentang. Biar sehingga ayam masak dan kentang menjadi separuh lembut lembut.
3. Selepas itu masukkan pula perencah sup, kiup ayam, garam dan taufu.
4. Apabila kentang menjadi lembut dan taufu sudah masak, bolehlah tutup api dan hidang
5. Akhir sekali taburkan daun bawang & daun sup.

SELAMAT MENCUBA

Ada ape - ape pertanyaan?

No comments:

Post a Comment