Tuesday, August 25, 2009

SAMBAL TEMPE BERSOS











BAHAN - BAHAN
2 bungkus tempe bersaiz kecil (di goreng terdahulu)
2 taufu dipotong dadu (digoreng terdahulu)
1 biji bawang besar (di hiris)
3 biji bawang merah (di tumbuk)
2 biji bawang putih (di tumbuk)
3 sudu cili boh
1/2 biji cili bangala
1/2 bungkus kacang pis (kacang panjang juga boleh)
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap
1 susu sos cili
1 sudu sos tomato
Secubit serbuk pati ayam (ikan bilis pun boleh)
Garam & gula secukup rasa.

CARA -CARA
1. Tumis bawang merah & bawang putih, selepas naik bau masukkan pula cili boh, biar sehingga garing.
2. Masukkan pula kicap, sos tiram, sos cili & sos tomato. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air. Gaul sehingga sebati.
3. Selepas itu masukkan pula serbuk pati ayam, garam, gula & bawang besar. Gaul sedikit, selepas itu baru masukkan tempe & taufu.
4. Akhir sekali barulah masukkan kacang pis & lada bangala. Jangan biar terlalu lama, nanti kacang layu. Siap untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA =)

Ada ape - ape pertanyaan?

No comments:

Post a Comment