Monday, August 10, 2009

PAPRIK SOTONG











BAHAN - BAHAN
300 gram sotong
3 ulas bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1.5 cm halia (dikisar)
3 sudu cili boh
2 helai daun limau purut
5-6 cili padi (diketuk)
Carrot
Bunga kobis
Kacang panjang
Sos tiram
Kicap
Garam & gula secukup rasa

CARA - CARA
1 ) Tumis bawang merah, bawang putih & halia sehingga naik bau. Lepas tu masukkan cili boh, biar sampai garing.
2) Masukkan sotong, biar sotong sampai betul - betul masak. Kemudian masukkan pula cili padi, garam, gula, sos tiram & kicap. Sekiranya terlalu kering, boleh letakkan sedikit air.
3) Akhir sekali baru masukkan daun limau purut, carot, bunga kobis & kacang panjang.
4) Gaul sehingga sebati.

SELAMAT MENCUBA =)
Ada ape - ape pertanyaan??

No comments:

Post a Comment