Sunday, February 22, 2009

MY LIFE..


PASANG SURUT KEHIDUPAN KU SEWAKTU ZAMAN PERSEKOLAHAN

Pada jam 7.00am tanggal 1st June 1982 di hospital Klang aku dilahirkan. Selepas itu kedua ibubada ku memberi nama NORDALILA BINTI ABDUL JALIL kpd ku. Mesti org t'tanye2..knp panggil dilla?aku pun x tau knp daaaa....sbbnye masa aku dah masuk darjah satu baru aku tau nama aku nordalila..truk betul aku ni!

Ok..pd tahun 1988 aku m'dpt pendidikan awal di tadika Al-Ain (tadika agama, pakai jubah & tudung beb) kiranye time 2 mesti aku baik giler kan??ialah ustazah yg mengajar pun pakai purdah & ustaz pakai serban..mmg x kasi can. Bila aku pergi pasar mlm nmpk cikgu2 aku, aku mesti menyorok. Ialah aku x pakai tudung..pas 2 pakai seluar pendek pulak 2..hehe!




Setahun lepas 2 aku bersekolah di SK Kg Raja Uda Port Klg..dr thn 1989 - 1994. tak de ape yg menarik pun, ialah sek rendah. Cuma aku bnyk mewakili sekolah dlm sport especially bola baling & choir serta main muzik coz aku dulu kelab muzik..cuma waktu ni yg aku tau aku gemuk..hahaha dah msk darjah 5 barulah elok skit rupa aku.. ;)




Selepas tamat peperiksaan UPSR aku b'sekolah di SMK (P) Raja Zarina Port Klg dr thn 1995 - 1998 (feb). Dkt sek ni life aku mmg best gile!!sampai aku jadi gile!!ish..ish..ish..aku mmg budak nakal!! Selalu x puas hati ngan prefect, langgar peraturan sek, asyik kena denda je. Ya Allah apelah aku ni, nasib baik skrg dh jd "orang" & ada masa depan! Ok, bila masuk Feb 1998..aku b'pindah ke sungai petani & b'sekolah di SMK St. Teresa. Aku pindah coz ayah aku meninggal dunia pada 22th june 2007. Lagi pun aunty aku ada kat SP, kat klg mak aku x de sesiapa so kitorg pun t'paksalah b'pindah. Lagi pun pada 1997/1998 ekonomi tgh meleset. Serius aku ckp..aku mmg x suka life aku kat SP..bukan ape beb... aku dibesarkan di klg, kwn2 ramai kat klg, time 2 pulak dah ada bf..emmmm lg lah aku tensen. Tp aku ddk SP sekejap je tau. Mungkin aku & family x biasa dgn cuaca & keadaan di sana jd kami m'ambil keputusan b'pindah ke ipoh pada Disember 1998. Dan aku b'sekolah di SMK Seri Puteri pd 1999..ni lagi satu sekolah yg buat aku tensen!! Org ipoh tau lah kot ;( aku dpt msk Convent Ipoh tau, tp adik pompuan aku x dpt..coz result UPSR dia x kuar. Dia ada 2 angka giliran..kesian dia. At the same time adik lelaki aku pulak tadika kat Mariaville dkt Tambun Inn..ialah kesian mak aku, nak ambik kitorg b'tiga..so aku pun seklah kat Seri Puteri ngan adik pompuan aku..(kesian kita kan cha!)

Lepas tamat SPM pulak aku dpt tawaran drpd POLITEKNIK UNGKU OMAR. Kat situ aku ambik DIPLOMA AKAUNTANSI. 3 thn (2001- 2003) aku kat puo mmg mcm2 cite..b'cinta dgn org itulah..org nilah..hehehehe, biasalah budak baru nak naik. Kat sini pun mcm2 benda aku "berlajar" adoooooooiiii.. Mak hantar suruh study akaun, tp aku study akaun DAN LAIN - LAIN..

Ape2 pun aku mmg enjoy time study..miss that moment!!!


No comments:

Post a Comment