Tuesday, February 24, 2009

ECZEMA..

FAKTA YANG BERGUNA UNTUK KITA.


Eczema adalah sejenis penyakit yg dialami oleh 2 org dari setiap 10 org. Kebanyakan masyarakat Malaysia masih belum begitu m'dapat pendedahan mengenai penyakit ini. Bagi yg belum tau, eczema adalah sejenis penyakit genetik yg diwarisi oleh ibubapa atau kedua-duanya sekali. Penyakit ni menyebabkan kegatalan kulit terulama dibahagian pelipat sprt tengkuk, blkg lutut, ruang antara tgn & lengan. Apabila pengidap eczema terdedah dgn habuk, cuaca t'lalu kering atau peluh yg keluar dr badan, mrk akan gatal & tidak dpt mengawal diri drpd m'garu bahagian t'sebut.


Malah faktor yg m'jadikan eczema ni lebih teruk, apabila perubahan suhu bilik secara tiba2, senaman yg teruk & cuaca yg panas & lembab. Selain drpd itu juga sentuhan dgn rumput & pasir juga boleh menyebabkan eczema m'jd lebih teruk. Bukan itu saje, malah penyakit juga perlu elakkan diri drpd memelihara kucing di dlm rumah. Begitu juga dgn alat2 p'mainan yg b'bulu & carpet.
Sebagai tamba
han, kuku perlu sentiasa pendek adalah penting.


Emmmm eczema / ekzema..baru skrg aku tau, aku adalah salah seorg pengidap penyakit ni..... 2 hari lepas kaki aku naik bintik2, so td aku gi pharmacy nak beli krim..tanye punye tanye ngn pakar pharmacy. Tiba2 aku t'pk..aku ni eczama ke??Pergi klinik kalau bukan pasal demam & gastrik mesti pasal rashes & gatal2, siap kena cucuk lagi 2!!Jadi skrg baru aku ingat, dr kecik aku selalu sgt ada masalah kulit..selalu gi klinik sbb kena rashes & gatal2.
Aku pun heran??kadang 2 aku sampai mandi dgn detol. Tp bdn aku still gatal!Kenapa dgn aku ni??? Dulu mak aku pernah ckp ngan aku, yg kulit aku ni mcm ayah aku x tahan, coz ayah aku kalau gi menebas / b'kebun mesti naik rashes.

Tak dinafikan, aku pun tensen ngan masalah aku ni..bnyk sgt masalah, kulit mengade2! Aku bukan boleh ddk dkt rumput, udah kalau gi padang aku mesti kena mencangkung. Lagi 1 kalau kemas rumah, habis bdn2 aku, kadang2 sampai demam, ingatkan sbb resdung!!Pas 2 cadar..aku kena tukar setiap 2 minggu..kadng2 x sampai 2 minggu aku dah tukar. x tahan bdn miang2. Lepas 2 pulak tapak tgn & kaki aku mmg kering sgt. Pernah dulu aku gi KWSP diorg x dpt nak tgk aku punye maklumat coz ibu jari & tapak tgn aku t'lalu kering..mmg susah beb!!Krim & ubat usah ckplah..udah b'ratus duit aku keluar! rumah aku pun dah mcm PHARMACY


2 belum masuk bab makan lagi..Allah kalau mkn udang & ayam mmg gatal!!!tp aku makan gak dlm kuantiti yg sikitlah. Kalau aku mkn seafood, especially udanglah, habis naik bengkak mulut aku mcm donald duck!! Kalau rasa nak mkn bnyk, b4 tido mkn ubat gatal, kalau x menggarulah sepanjang mlm!


Mmmmm nak buat mcmn?aku tau penyakit kulit ni x kan b'akhir, so aku kenalah pandai2 sendiri utk kawal segala kegiatan harian aku. Mengetahui punca kegatalan menyerang adalah salah 1 cara yg boleh mengawal penyakit ni.Betul tak??

Disebabkan asyik kena gatal2 je..ada satu ketika adik aku ckp aku ni mengade2 & bnyk sgt masalah..waaaarrg!! ;(

No comments:

Post a Comment